Maksud: Muka pucat dan tidak bermaya.
seperti aur ditarik songsang
Maksud: Satu pekerjaan yang amat sukar dilakukan kerana salah cara melakukannya.
Contoh ayat: “Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.
seperti aur dengan tebing
Maksud: Tolong-menolong di antara satu sama lain.
seperti apung dipermain gelombang
Maksud: Orang dagang yang miskin di negeri orang
seperti api memakan lalang yang kering, tiada dapat dipadamkan lagi
Maksud: Kedatangan bahaya yang tidak dapat dihalang-halang lagi
seperti api makan sekam
Maksud: Sesuatu yang berlaku dengan diam-diam