Maksud: Tidak berdaya lagi
sebagai asam dengan garam
Maksud: Perempuan dan lelaki yang amat secocok dan berjodoh, akan bertemu juga akhirnya walaupun di tempat berlainan
sebagai anjing terpanggang ekor
Maksud: Dikatakan kepada seseorang yang mendapat kesusahan yang amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan
sebagai anai-anai bubus
Maksud: Berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dan lain-lain)
sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa
Maksud: Perkataan yang tajam itu kerap kali mendatangkan kecelakaan kepada diri sendiri
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud: Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.