Maksud: Kerana kasih seseorang disia-siakan orang yang banyak
sebab budi boleh kedapatan
Maksud: Kelakuannya sendiri yang menyebabkan kerugian (kerosakan)
sebab buah dikenal pohonnya
Maksud: Daripada pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya
sebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga
Maksud: Mendapat kesusahan kerana melawan perintah orang berkuasa
sayap singkat, terbang hendak tinggi
Maksud: Hendak berbuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya
sayap kiri
Maksud: Parti politik yang menentang kerajaan