Maksud: Tidak tetap pada suatu tempat.
umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
Maksud: Tidak tetap pada suatu tempat
umpama kesturi, kerana bau hilang nyawanya
Maksud: Orang yang menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri
umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri
Maksud: Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain
umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan
Maksud: Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.
umpama kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki
Maksud: Kerana kasihan kepada orang banyak, disia-siakan kaum yang seorang