Maksud: Tersilap mengatakan sesuatu sehingga menyebabkan orang lain berasa tidak senang hati
salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas
Maksud: Kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yang telah ditetapkan)
salah benang
Maksud: Kurang sihat
salah bebal
Maksud: Berbagai-bagai kesalahan kerana kebodohan
salah bawa
Maksud: Tidak pandai mentadbir sesuatu hal atau tersalah mengamalkan sesuatu ajaran
salah bantal
Maksud: Berasa sakit di bahagian leher selepas bangun daripada tidur