Maksud: Perkataan orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya
lunak hati
Maksud: Mudah menerima kata-kata atau nasihat orang lain
lunak gigi daripada lidah
Maksud: Bersikap lemah lembut atau merendahkan diri
lunak disudu, keras ditakik
Maksud: Yang mahu menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut, yang menentang digagahi
lulus tidak berselam, hilang tidak bercari
Maksud: Perihal seseorang yang menanggung kesusahan tetapi tidak ada yang menolongnya
lulus tabuh perhatian
Maksud: Berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat dan lain-lain