Maksud: Mati
ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya
Maksud: Sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya
ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Maksud: Baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
Contoh ayat: Husna mengikut perangai ibunya yang suka berkebun, begitulah ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
ke mana tumpah hujan dari bumbung, kalau tidak ke cucuran atap
Maksud: Anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya)
ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang
Maksud: Perihal orang yang hanya menurut fikiran orang yang di atasnya sahaja
ke mana hendak pergi layang-layang itu, talinya di tangan kita
Maksud: Orang yang lemah itu tidak akan lepas daripada hukuman orang yang berkuasa (orang yang berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pada kita)