Maksud: Orang bodoh yang sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang
hidung putih
Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
hidung dicium, pipi digigit
Maksud: Kasih sayang yang pura-pura saja.
hidung belang
Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.
hentam kromo
Maksud: 1. Memukul (meninju dan sebagainya) dengan hebatnya.
2. Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh ayat: 1. Lori itu hentam kromo tiang-tiang kawat yg berderetan.
2. Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.
hendaklah seperti tembikar, pecah semua
Maksud: Hendaklah hidup bermuafakat antara satu dengan lain