Maksud: Orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya
hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan
Maksud: Tidak mahu kurang daripada orang lain
hati yang ringan meringankan beban yang berat
Maksud: Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah
hati waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.
hati tungau
Maksud: Penakut.
Contoh ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.
hati tikus
Maksud: Penakut, pengecut.