Maksud: Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Maksud: Jikalau raja-raja berselisih, rakyatlah yang mendapat kesusahan
gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
Maksud: hendak meniru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri yang binasa
gajah berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga
Maksud: Orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya
gajah bara
Maksud: Gajah yang hitam
gaharu dibakar, kemenyan berbau
Maksud: Memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang