Maksud: Sama sahaja keadaannya (halnya)
setampar seemas, dua tampar seemas baik ditampar benar-benar
Maksud: Sepala-pala nama jahat jangan kepalang
setapak jangan lalu, setapak jangan surut
Maksud: Tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian
setelah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Maksud: Setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama dibuang/diketepikan.
Contoh ayat: Abang bersikap seperti setelah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya setelah membeli kereta baharu.
setempuh lalu, sebondong surut
Maksud: Adat orang bersahabat sentiasa semuafakat dan bersatu hati
setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau
Maksud: Pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan)