Maksud: Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu
adat lembaga
Maksud: Adat lama yang dilakukan turun-temurun.
adat lurah timbunan sarap
Maksud: Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal
adat memakai, syarak mengata
Maksud: Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak
adat muda menanggung rindu
Maksud: Manusia hidup harus menghadapi pelbagai cabaran
adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar
Maksud: Daya usaha yang besar kalau tidak berjaya, bukanlah suatu perkara yang memalukan