Maksud: (orang yang) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dan lain-lain)
bak gadis baru bersubang
Maksud: Orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan
bak gadis jolong bersubang
Maksud: Orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan
bak kambing rega serial
Maksud: Perihal orang yang tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dengan cakap yang tidak ada ertinya)
bak manik putus tali
Maksud: Air mata yang bercucuran
bak menanti orang dahulu, bak melalah orang kemudian
Maksud: Membuat kerja yang sia-sia