Maksud: Tidak mungkin dapat dilakukan
bak anjing tersepit
Maksud: Merendahkan diri untuk meminta tolong apabila dalam kesusahan, meninggikan diri semula selepas terlepas daripada kesusahan
bak bergendang ke sirukam, perut kenyang emas boleh
Maksud: Keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan
bak bujang jolong berkeris
Maksud: Orang yang sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yang baru diperoleh
bak bujang setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak
Maksud: Orang yang menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan)
bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.