Maksud: Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.
bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian
Maksud: Murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yang tidak baik)
bak orang gombang di lebuh
Maksud: Elok di luar sahaja sedang di dalam tidak elok (tidak sempurna)
bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri
Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa
bak rasa di liang lahad
Maksud: Berasa dalam keadaan yang sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dan lain-lain)
bak rasa kuda pula kukuran
Maksud: Perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya