Maksud: Persaudaraan yang jauh
bau busuk tidak berbangkai
Maksud: Fitnah (celaan) yang tidak beralasan
bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga
Maksud: Belum cukup umur sudah hendak beristeri
bau-bau bacang
Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.
bawa alamat
Maksud: Memberi tanda.
Contoh ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.
bawa bersemuka
Maksud: Dua pihak yang bergaduh bertemu antara satu sama lain untuk berbincang.