Maksud: Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya
berteras keluar bagai pimping
Maksud: Tampak di luar sahaja bagus (kaya dan lain-lain) tetapi sebenarnya melarat
berternak wang
Maksud: Memberi pinjaman wang dengan faedah yang tinggi
bertikam jejak
Maksud: Hampir tidak ada bezanya waktu
bertikam lidah
Maksud: Berbantah atau bertengkar.
Contoh ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka.
bertilam pasir
Maksud: Tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat)