ada hajat

Maksud: Mempunyai keinginan atau maksud.

ada hal

Maksud: Ada sesuatu yang hendak dipercakapkan atau dilakukan.

ada hati

Maksud: Keinginan.

Contoh ayat: Walaupun berpendapatan kecil, Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

Maksud: Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.

Contoh ayat: Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

ada jalan

Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.