Maksud: Selalu rugi (sial)
ke mana angin yang deras, ke situ condongnya
Maksud: Dikatakan kepada orang yang tidak tetap pendiriannya
ke mana condong, ke mana rebah
Maksud: Pekerjaan yang sudah dilakukan sebagaimana yang seharusnya atau menurut adat
ke mana dialih, lesung berdedak juga
Maksud: Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga
ke mana hendak pergi layang-layang itu, talinya di tangan kita
Maksud: Orang yang lemah itu tidak akan lepas daripada hukuman orang yang berkuasa (orang yang berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pada kita)
ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang
Maksud: Perihal orang yang hanya menurut fikiran orang yang di atasnya sahaja