cucuk tanam

Maksud: Kerja atau kegiatan bertani

cuci tangan

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

Contoh ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.

cuci perut

Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.

Contoh ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.

cuci mata

Maksud: 1. Melihat pemandangan yang cantik.
2. Melihat perempuan yang cantik-cantik.

Contoh ayat: 1. Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.
2. Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.