Maksud: Jangan percaya kepada sesuatu perkara yang belum disahkan
burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya.
Contoh ayat: Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran.
burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang
Maksud: Perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat
burung pipit sama enggang
Maksud: Jodoh yang tidak sepadan
burung pingai
Maksud: Sesuatu yang ajaib
burung hantu
Maksud: Elang malam