Maksud: Orang yang berpengetahuan luas tentang agama
alim kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
alim biasa menghukum syarak
Maksud: 1. Hanya orang yang berilmu sahaja boleh membuat hukum syarak
2. Orang yang berilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu
alim bagai katak di tepi air
Maksud: Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya
alih muka
Maksud: Menyamar
Contoh ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
alih angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.