Maksud: Orang yang bermuka merah
seperti udang dibakar
Maksud: Kulit orang yang berkulit putih menjadi kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari yang terik.
seperti tulis di atas air
Maksud: Nasihat yang baik itu tidaklah berguna kepada orang yang memang jahat
seperti toman makan anak
Maksud: Orang yang berbuat sumbang
seperti tikus membaiki labu
Maksud: Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui, akhirnya semakin rosak.
seperti tikus masuk roman
Maksud: Orang yang berasa kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diharapkannya