Maksud: Sangat pucat
seperti orang kecabaian
Maksud: Tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dan sebagainya)
seperti orang buta kehilangan tongkat
Maksud: Berada dalam kesukaran
seperti ombak membanting diri
Maksud: Perihal seseorang yang dalam keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan
seperti negeri dialahkan geroda
Maksud: Negeri atau kampung yang menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yang lain
seperti negeri dialahkan garuda
Maksud: Tempat yang amat sunyi