Maksud: Perihal dua orang yang sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan)
seperti gergaji dua mata
Maksud: Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak.
seperti gemi berjodoh dengan ikan
Maksud: Sangat sesuai
seperti garuk dengan sisir
Maksud: Hal dua orang bersaudara yang berlainan sifat
seperti gajah rompong belalai
Maksud: Raja yang kehilangan kuasanya
seperti gajah putih ditambat
Maksud: Seseorang yang merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya