sejuk hati

Maksud: Perasaan tenang setelah dinasihat atau dipujuk.

Contoh ayat: Amir berasa sejuk hati setelah dinasihati oleh bapanya.

sehelai sepinggang

Maksud: Pakaian yang ada pada tubuh.

Contoh ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.