Maksud: Menggugurkan anak
menjolok alang
Maksud: Menggambarkan seseorang yang berketinggian luar biasa
menjilat muntah sendiri
Maksud: Apa yang telah ditolak (dicacat) diterima lagi
menjilat keluan bagai kerbau
Maksud: Sangat kecewa (kerana tidak tercapai yang diharapkan)
menjilat keluan
Maksud: Sangat kecewa kerana sesuatu yang diinginkan serta akan diperoleh telah diambil oleh orang lain.
menjilat bibir
Maksud: Sangat menginginkan sesuatu