Maksud: Perihal orang yang tidak memilih pekerjaan (makanan, perempuan, dan lain-lain)
asal berisi tembolok senang hati
Maksud: Apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati
asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk
Maksud: Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya
asal ditugal, adalah benih
Maksud: Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.
Contoh ayat: Asal ditugal, adalah benihnya. Begitulah yang terjadi kepada Hussein kerana telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini hasil daripada usaha gigih yang diamalkan selama ini.
asal sabut terapung-apung, asal batu tenggelam
Maksud: Kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka
asal sabut terapung, asal besi tenggelam
Maksud: Kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh