makan gaji

Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.

Contoh ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.

makan garam

Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.

Contoh ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.

makan hak

Maksud: Melanggar hak asasi orang lain

makan hati

Maksud: Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.