Maksud: Dalam keadaan yang sulit dan berbahaya
nyawa ikan
Maksud: Hampir mati
nyawa-nyawa ikan
Maksud: Hampir mati.
Contoh ayat: Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.
nyiur gading
Maksud: Anak gadis yang comel-comel (kesayangan ibu bapa).
Contoh ayat: Pasangan kembar, Shazwani dan Shazwana merupakan nyiur gading Encik Abdullah dan Puan Norma.
obat jerih pelarai demam
Maksud: Anak atau barang yang disayangi
obrol tenaga
Maksud: Membazirkan tenaga manusia