Maksud: Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya
ada kerak, ada nasi
Maksud: Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya
ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau
Maksud: Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
ada jarum hendaklah ada benangnya
Maksud: Tiap-tiap suatu itu mesti ada berkasnya
ada jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.
ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
Maksud: Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.
Contoh ayat: Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.