Maksud: Kandungan yang sebenarnya
sarat bertepas
Maksud: Muatan yang sudah penuh sekali
sarap sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan
Maksud: Memeriksa dan menyelidik sesuatu dengan teliti
sarap sehelai dituilkan, batu sebuah diguling
Maksud: Menyiasat sesuatu dengan teliti. tuil = buang
sarang unam dimasuki ketam menjadi umang-umang
Maksud: Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat
sarang tebuan jangan dijolok
Maksud: Jangan mencari bahaya.
Contoh ayat: Ibu menasihati David supaya jangan melakukan kerja yang berbahaya kerana buruk padahnya seperti kata bidalan sarang tebuan jangan dijolok.