perang saudara

Maksud: Perang antara orang sebangsa.

Contoh ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.

perang saraf

Maksud: Perang dengan usaha menjatuhkan moral pihak lawan

perang sabil

Maksud: Perang kerana mempertahankan agama Islam

perang pena

Maksud: Perdebatan melalui tulisan

perang mulut

Maksud: Bertengkar.

Contoh ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.

perang mendada

Maksud: Perang atau pergaduhan seorang lawan seorang