Maksud: Berjalan sangat lambat (bkn orang yang gemuk dan lain-lain)
menghendap di balik lalang sehelai
Maksud: Menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang
menghendakkan tanduk kuda
Maksud: Menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat
menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya
Maksud: Menginginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
menghendaki urat lesung
Maksud: Menghendaki sesuatu yang tidak mungkin akan dapat
menghendaki tanduk kuda
Maksud: Menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat