Maksud: Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
makan hak
Maksud: Melanggar hak asasi orang lain
makan garam
Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.
Contoh ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.
makan gaji
Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.
Contoh ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.
makan emas
Maksud: Dirasuah, makan suap, makan duit
makan duit
Maksud: Mengambil wang secara haram, rasuah.
Contoh ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.