Maksud: Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yang tidak suka
takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga
Maksud: Kesukaran dalam sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya untuk mencari nafkah
taklid buta
Maksud: Mengikut-ngikut atau meniru-niru sahaja
takut akan bayang-bayang
Maksud: Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
takut akan hantu, lari ke pandam
Maksud: Takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yang lebih besar
takut akan lumpur, lari ke duri
Maksud: Mengelakkan kesusahan yang kecil dapat kesusahan yang besar