Maksud: Berusaha keras
mencucup benak orang
Maksud: Memeras harta benda orang; mengambil untung daripada orang yang miskin
mencuci mata
Maksud: 1. Melihat pemandangan yang cantik.
2. Melihat perempuan yang cantik-cantik.
Contoh ayat: 1. Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.
2. Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.
menconteng arang di muka
Maksud: Memberi malu.
mencongak rupa kerbau jantan kemudian
Maksud: Lelaki yang berjalan di belakang isterinya
mencolok mata
Maksud: Benci melihatnya.