Maksud: Orang yang dikejar oleh musuh
orang buta dapat tongkat, dipukulkan buta tuli
Maksud: Sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan)
orang buta diberi bersuluh
Maksud: Perbuatan yang sia-sia
orang dagang
Maksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
orang dalam
Maksud: Orang yang bekerja dalam satu-satu jabatan.
Contoh ayat: Jika ada orang dalam, senanglah kita berurusan dengan pejabat itu.
orang dapur
Maksud: Orang perempuan.
Contoh ayat: Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.