Maksud: Manusia dapat dipujuk dengan mulut manis atau dengan budi baik
mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi
Maksud: Mendapat celaka kerana sesuatu yang menyenangkan
mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya
Maksud: Tahu membuat pekerjaan yang jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya
mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama
Maksud: Orang berjasa mati meninggalkan nama yang baik
mati enau tinggal di rimba
Maksud: Jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi
mati disalang
Maksud: Dihukum mati dengan ditikam dari lekuk tulang sehingga ke jantung