hutang lapuk

Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.

Contoh ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

hutang kayu ara

Maksud: Jikalau meminjamkan wang kepada orang besar jangan diharap akan kembali

hutang darah

Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.

Contoh ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.