Maksud: Sangat kecewa (kerana tidak tercapai yang diharapkan)
menjilat muntah sendiri
Maksud: Apa yang telah ditolak (dicacat) diterima lagi
menjolok alang
Maksud: Menggambarkan seseorang yang berketinggian luar biasa
menjolok anak
Maksud: Menggugurkan anak
menjolok hati
Maksud: Mengetahui atau meninjau isi hati seseorang
menjolok mata
Maksud: Perbuatan yang tidak digemari orang kerana membawa malu dan menyakitkan hati orang.